Isnin, 28 Mei 2012

JADUAL KLINIK RAWATAN MINGGUAN DSR

KEPADA : AHLI-AHLI DAN ORANG RAMAI

SUKACITA DI MAKLUMKAN BAHAWA JADUAL SESI RAWATAN DI RUMAH DSR, JALAN MADANG PADA MINGGU INI ADALAH SEPERTI BERIKUT :

(1) JUMAAT [1hb JUN 2012]
      JAM : 09.30 - 11.00 PAGI

(2) SABTU [ 2hb JUN 2012 ]
      JAM : 09.30 - 11.00 PAGI
DAN PADA
JAM : 09.00 - 11.00 MALAM

KEPADA ORANG RAMAI YANG BERHASRAT UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN, SILA HADIR PADA TARIKH DAN MASA YANG DI NYATAKAN DI ATAS. SEKIAN HARAP MAKLUM.

ADMIN.

JADUAL MALAM-MALAM ZIKIR DAN SESI KULIAH SUBUH DSR

KEPADA : AHLI-AHLI, MUDOWWI DAN MUSAID DSR

SUKACITA DI MAKLUMKAN BAHAWA KITANI AKAN MENGADAKAN MAJLIS ZIKIR MINGGUAN SERTA SESI KULAIH SUBUH SEPERTIMANA LAZIMNYA PADA TARIKH-TARIKH BERIKUT. INSYAALLAH, MAJLIS TERSEBUT AKAN TURUT DI HADIRI OLEH RAKAN KITA DARI PULAU PINANG, USTAZ SHAHUL HAMID SIAPA YANG AKAN BERKESUDIAN BERKONGSI ILMU DENGAN KITANI SEMUA PADA SESI KULIAH DAN TAZKIRAH NANTI.

TARIKH-TARIKH TERSEBUT IALAH SEPERTI BERIKUT :

(1) KHAMIS, 31hb MEI 2012
      ZIKIR DAN TAZKIRAH (Khusus untuk Mudowwi & Musaid)
      JAM : 06.00 MALAM

(2) JUMAAT, 1hb JUN 2012
        ( Khusus untuk Mudowwi, Musaid & ahli-ahli pengambilan ke-3 DSR )
      KULIAH SUBUH : SELEPAS SOLAT SUBUH
      ZIKIR DAN TAZKIRAH : JAM : 06.00 MALAM

(3) SABTU, 2hb JUN 2012
      ( Khusus untuk Mudowwi, Musaid & ahli-ahli pengambilan ke-3 DSR )
      KULIAH SUBUH : SELEPAS SOLAT SUBUH
      ZIKIR DAN TAZKIRAH : JAM : 06.00 MALAM

KEHADIRAN ABISKITA SEMUA ADALAH SANGAT-SANGAT DI HARAPKAN BAGI SAMA-SAMA MEMANAFAATKAN ILMU YANG AKAN DI KONGSIKAN OLEH PENCERAMAH YANG DI UNDANG KHAS TERSEBUT.

ADMIN

Ahad, 27 Mei 2012

PROGRAM BERSAMA USTAZ SHAHUL HAMID, PULAU PINANG


TARIKH
PAGI
PTG
MALAM
31 MEI 2012
(KHAMIS)
-
-

[ KHUSUS UNTUK MODAWWI & MUSAID ]
-SOLAT MAGRIB;
-SOLAT HAJAT;
-ZIKIR;
-SOLAT  ISYAK;
1.  TAZKIRAH: Program Musa’id
2. SAKA & SUSUK
3. JANIN GHAIB

1 JUN 2012
 (JUMAAT)

[ KHUSUS UNTUK MODAWWI, MUSAID & PESERTA KURSUS PENGAMBILAN  KE-TIGA ]

KULIAH  SUBUH
Tajuk: SOLAT RASULULLAH SAW


9.30 Pagi: Sesi Rawatan
-

[ KHUSUS UNTUK MODAWWI, MUSAID & PESERTA KURSUS PENGAMBILAN  KETIGA ]

-SOLAT MAGRIB;
-SOLAT HAJAT;
-ZIKIR;
-SOLAT  ISYAK;
1. TAZKIRAH: Pengalaman Merawat
     Makhluk Halus;
2. Resdung

2 JUN 2012
 (SABTU)

[ KHUSUS UNTUK MODAWWI, MUSAID & PESERTA KURSUS PENGAMBILAN  KE-TIGA ]

KULIAH SUBUH
Tajuk: Menghalusi Al- Fatihah

9.30 pagi: Sesi  Rawatan

-
-SOLAT MAGRIB;
-SOLAT HAJAT;
-ZIKIR;
-SOLAT  ISYAK;
-SESI RAWATAN.
-Perbincangan (Selesai Rawatan)

DOA MEMOHON DAPAT BERTEMU RASULULLAH DI DALAM MIMPI

Sabtu, 12 Mei 2012

DARUSYSYIFA' WARRAFAHAH TERIMA KUNJUNGAN SEKUMPULAN DOKTOR

Rabu, 9hb Mei 2012 - Darusysyifa' Warrafahah  (DSR) telah menerima kunjungan lawatan dari sekumpulan Doktor yang pada ketika ini sedang mengikuti pengajian Master Degree di Universiti Brunei Darussalam (UBD). Tujuan lawatan di buat ialah bagi mengetahui secara lebih dekat tentang pengurusan dan pentadbiran DSR di samping bagi bertukar-tukar pandangan bagi manafaat kedua-dua belah pihak.

Taklimat telah di sampaikan oleh Timbalan Yang Di Pertua 1, Yang Mulia, Pg Dr Hjh Rahmah Pg Hj Jadid dan Pengurus DSR, Tuan Hj Sofian. Turut hadir  ialah Penasihat DSR serta ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir DSR yang lain. Di akhir perbincangan, kedua-kedua pihak bersetuju untuk DSR memberikan taklimat kepada kesemua lapisan doktor dan pakar-pakar di Kementerian Kesihatan. Perkara itu akan di aturkan oleh pihak Kementerian Kesihatan nanti.

Taklimat di sampaikan oleh Pg Dr Hjh Rahmah, Timbalan Yang Di Pertua 1 DSR
Ahli-ahli jawatankuasa Tadbir DSR memperkenalkan diri
Ketua Rombongan, Kumpulan Doktor yang membuat lawatan ke DSR
Tuan Hj Sofian, Pengurus DSR
Antara doktor yang turut hadir ( No. 2 & 3 dari kanan )
Awg Hj Azmain, Pengurus Jualan DSR memberikan penerangan
tentang produk-produk yang di jual di DSR
Produk-produk DSR turut mendapat sambutan menggalakkan dari
doktor-doktor yang hadir.
Salah seorang doktor di dalam rombongan ini turut mendapatkan rawatan
dari salah seorang perawat / AJK Tadbir DSR.

Ahad, 29 April 2012

PERUBAHAN JADUAL MALAM-MALAM RAWATAN DI DARUSYSYIFA’ WARRAFAHAH

DENGAN HORMAT, JAWATANKUASA TADBIR DARUSYSYIFA’ WARRAFAHAH SUKACITA MEMAKLUMKAN KEPADA ORANG RAMAI BAHAWA BERMULA PADA 1hb MEI 2012 INI, JADUAL MALAM-MALAM RAWATAN DI DARUSYSYIFA’ WARRAFAHAH AKAN DI TUKAR KEPADA JADUAL BERIKUT :

         MALAM-MALAM RAWATAN
      SETIAP HARI SELASA ( MALAM RABU )
     dan
   HARI SABTU ( MALAM AHAD )

     JAM RAWATAN : 9.00 MALAM - 11.00 MALAM

SEMENTARA ITU, SETIAP HARI KHAMIS ( MALAM JUMAAT ) AKAN DI JADIKAN SEBAGAI MALAM MAJLIS TAZKIRAH ( MALAM MUZAKARAH DAN MAJLI ILMU ) KHUSUS BAGI AHLI-AHLI DARUSYSYIFA’ WARRAFAHAH SAHAJA. [TIADA SESI RAWATAN DIADAKAN PADA MALAM TERSEBUT]

SEKIAN YANG DAPAT DI SAMPAIKAN UNTUK MAKLUMAN DAN PERHATIAN ORANG RAMAI. HARAP MAKLUM.

Ahad, 22 April 2012

BENGKEL PERKHIDMATAN DARUSYSYIFA' WARRAFAHAH DI KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN [ 21.4.2012 ]

Buat julung kalinya, Darusysyifa’ Warrafahah telah mengadakan taklimat Bengkel Perkhidmatan Darusysyifa’ Warrafahah, salah satu usaha persatuan tersebut untuk memperkenalkan dan mempromosikan Darusysyifa’ Warrafahah (DSR) kepada masyarakat umum khususnya di kalangan penuntut-penuntut institusi pendidikan tinggi di Negara ini.

Baru-baru ini telah di adakan sesi taklimat tersebut di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) di Jalan Tutong, anjuran Kumpulan 6, penuntut tahun akhir, program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama Syariah. Ianya turut di hadiri oleh pesnyarah pensyarah kanan serta graduan-graduan tahun akhir program tersebut.
Di antara tetamu-tetamu khas serta graduan-graduan tahun akhir yang hadir

Taklimat telah disampaikan oleh Yang Mulia, Ustaz Ali Hassan bin Mohd Said, Ketua Unit Penerbitan dan Perhubungan Awam, Darusysyifa’ Warrafahah. Antaralain perkara yang di sampaikan oleh beliau pada hari tersebut ialah berhubung dengan sejarah, objektif penubuhan DSR serta perkhidmatan-perkhidmatan yang di berikan oleh pihak DSR kepada masyarakat. Turut di sentuh ialah statistik keramaian pesakit yang mendapatkan rawatan di rumah DSR serta kelebihan menjadi ahli DSR. Di samping itu, para graduan juga di dedahkan dengan fakta penggunaan air sebagai salah satu bahan yang di zikirkan dalam kaedah perubatan Islam.
Diantara graduan-graduan yang mengemukakan soalan pada hari tersebut

Pihak DSR juga turut mengadakan jualan produk-produknya khusus bagi para graduan yang hadir pada sesi taklimat tersebut yangmana mendapat sambutan yang begitu menggalakkan.
Antara produk-produk DSR yang turut di bawa pada sesi taklimat hari tersebut
Tuan Hj Hassan memperkenalkan salah satu produk DSR yang mempunyai banyak khasiat
Pengurus DSR, Tuan Hj Sofian menjelaskan tentang Air Zikir/Doa DSR
Ustaz Hj Ali Hasan menerima cenderahati dari pihak KUPUSB
Buah tangan "Air Doa/Zikir DSR di agih-agihkan kepada semua tetamu yang hadir
Jualan produk-produk DSR mendapat sambutan yang amat menggalakkan
dari warga KUPUSB
Salah seorang dari "Orang Kuat Kumpulan 6" yang banyak meyumbangkan
tenaga dan buah fikiran sehingga berjayanya projek ini di laksanakan.... Mabruk!!
Bergambar ramai dengan Kumpulan 6 yang terdiri dari penuntut tahun akhir
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama Syariah
Dalam pada itu, turut di maklumkan yang permohonan bagi mengikuti kursus asas perubatan Islam pengambilan ke-4 DSR kini masih lagi di bukakan kepada orang ramai yang berminat dimana tarikh akhir bagi mengembalikan borang-borang tersebut kini telah di lanjutkan kepada satu tarikh yang akan di maklumkan kemudian. Sementara itu, bermula pada 1hb Mei 2012 ini, malam-malam rawatan di Darusysyifa’ Warrafahah akan di tukar kepada setiap hari Selasa ( malam Rabu ) dan hari Sabtu ( malam Minggu ), manakala setiap malam Jumaat hanya akan di khususkan bagi sesi tazkirah dan juga majlis Ilmu bagi ahli-ahli DSR.